PERUTUSAN PENGARAH

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya dan kurniaNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung kerana melayari laman web rasmi Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).

Saya melihat laman web ini sebagai wadah utama yang tidak asing lagi dan yang paling berkesan berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan IPDAS agar lebih dikenali oleh masyarakat terutama yang memerlukan maklumat dalam bidang pengajian dakwah. Harapan Saya juga kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) sendiri juga para pengunjung lainnya ianya memenuhi keperluan masyarakat agar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) dapat dirasai kewujudannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam satu-satunya di Sabah. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Akhir kata, selamat melayari laman web rasmi IPDAS ini, semoga saluran ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan memberi penerangan yang berkesan kepada para pengunjung sekalian. Insya Allah.

Sekian, Terima Kasih.

Pengarah IPDAS

HAJAH KHATIJAH BINTI ABD RAHMAN
Pengarah,
Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

OBJEKTIF

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan pengajian islam, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah bertekad untuk menghasilkan :-
  1. Melahirkan generasi Rabbani yang berpendidikan tinggi dan menguasai ilmu naqli serta aqli.
  2. Melengkapkan mahasiswa dengan pelbagai dimensi kemahiran insaniah dan keusahawanan bagi menyediakan keperluan guna tenaga ummah.
  3. Melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk menjadi umara dan pendakwah profesional serta tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman ahli Sunnah wal-jamaah khususnya di Sabah

VISI

Peneraju pendidikan tinggi Islam yang unggul di Sabah bagi menjana kecemerlangan generasi rabbani untuk kesejahteraan ummah sejagat.

MISI

Menyediakan program pendidikan tinggi Islam yang bersepadu merangkumi ilmu naqli dan aqli serta kemahiran dan keusahawanan untuk melahirkan graduan berimpak tinggi.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji :

1 Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
  • Cepat dalam semua tindakan;
  • Tepat dalam membuat keputusan;
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh dipercayai; dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
2 Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.
3 Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.
4 Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam.
5 Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan.
6 Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama.
7 Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak.
8 Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
9 Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
  • Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
  • Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.

AHLI LEMBAGA IPDAS

Bil Nama Jawatan Jabatan
1 YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2 YBrs. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
3 YBhg. DR. Mohamad Kori Bin Jusoh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
4 YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad bin Mansor Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
5 Ybrs. Puan Salwana Binti Ahmad Dahlan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
6 YBrs. Puan Roslina binti Shafawi Penasihat Undang-Undang (L54) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
7 YBhg. Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz bin Hj Jaafar Mufti Negeri Sabah (Jusa B) Pejabat Mufti Negeri Sabah
8 YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali Setiausaha MUIS Tingkat 5 Blok A Wisma MUIS
9 YBrs. Tuan Jumain Abdul Ghani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jusa C/ VU7) Tingkat 10, Blok A Wisma MUIS
10 YBhg. Datuk Norjeli bin Haji Dais Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Caw. Sabah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah
11 YBrs. Prof. Dr. Rossita binti Shapawi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah
12 YBrs. Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed Rektor Universiti Teknologi Mara (UITM) Sabah Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah
13 YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah Rektor Universiti Islam Selangor Universiti Islam Selangor
14 YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin Profesor Jabatan Kimia Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
15 YBrs. Tuan Jamalulail bin Abu Bakar Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
16 YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim Ahli Profesional PERKIM
17 YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman Pengarah Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah

AHLI LEMBAGA JKPA

Bil Nama Jawatan Jabatan
1 YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3 62100 PUTRAJAYA
2 YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman Pengarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah
3 YBrs. Puan Salwana binti Ahmad Dahlan Pengarah Kanan BDKI JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
4 YBrs. Puan Jonisah binti Harimin KPP Pendidikan JHEAINS JHEAINS
5 YBrs. Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit Pensyarah Kanan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor
6 YBrs. Dr. Tenku Putri Norishah binti Tenku Shariman Pengarah Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembangunan Kandungan Pendidikan Fakulti Multimedia Kreatif Multimedia University (MMU) Persiaran Multimedia 63100 Cyberjaya, Selangor
7 YBrs. Prof. Madya Dr. Berhanundin bin Abdullah Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam Universiti Sultan Zainal Abidin
8 YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi bin Mohd Amin Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia
9 YBrs. Prof. Dr. Muhamad Suhaimi Taat Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah
10 Puan Nadiah Tulakmar binti Kamarudin Penolong Pengarah Kanan (Menanggung Tugas Pengarah) Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah
11 YBrs. Dr. Tini Maizura Mokhtar Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, ekonomi, dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah Universiti Malaysia Sabah
12 YBrs. Datuk Haji Raisin bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jalan Punai Tanah, 88450 Likas, Sabah
13 YBrs. Tuan Mohd Tabi’in bin Sahri Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah
14 YBrs. Encik Mohd. Shahrudin bin Karim Pengurus Negeri YAPEIM Sabah YAPEIM Sabah

STRUKTUR ORGANISASI

carta ipdas 2023