PISPA IPDAS SUMBANG TENAGA DI KURSUS PERDANA HAJI
28 April 2025 (Isnin)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Pasukan Institusi Pertahanan Awam Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menyertai Kursus Perdana Haji selaku sukarelawan bersama-sama guru pembimbing, Puan Jundia binti Ali pada 23 hingga 24 April 2025 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Aktiviti kesukarelawanan ini bertujuan untuk meningkatkan keterlihatan dan penglibatan PISPA IPDAS dalam membantu bakal jemaah Haji Malaysia peringkat negeri Sabah.