Acara

MALAM KESENIAN ISLAM : HUBBUN NABI

29 November 2025
72 Paparan
11:23 AM

Program Malam Kesenian Islam: Hubbun Nabi berlangsung meriah di Dewan IKK dengan kehadiran pelajar Darul Quran dan pelajar IKK bermula jam 7.30 malam.

KUDAT, 29 November 2025 (Sabtu) — Program Malam Kesenian Islam: Hubbun Nabi berlangsung meriah di Dewan IKK dengan kehadiran pelajar Darul Quran dan pelajar IKK bermula jam 7.30 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tayangan montaj sebelum dirasmikan oleh Pengarah Darul Quran, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nasyid IKK, lantunan qasidah Ruwais serta slot “Lembaran Hidup Rasulullah” oleh Ariff Imran. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati antara Darul Quran dan IPDAS sebelum diakhiri dengan sesi fotografi dan salam wida’.

Program ini bertujuan menyuburkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW agar terus hidup dalam jiwa umat.


0
Bantuan Pelajar
Bot Sentiasa Aktif
Salam sejahtera! Saya adalah Bot Bantuan Pelajar. Bagaimana saya boleh bantu anda hari ini?
10:41 PM