HAJAH KHATIJAH BINTI ABD RAHMAN
Pengarah
Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Perutusan Pengarah
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya dan kurniaNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung kerana melayari laman web rasmi Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).
Saya melihat laman web ini sebagai wadah utama yang tidak asing lagi dan yang paling berkesan berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan IPDAS agar lebih dikenali oleh masyarakat terutama yang memerlukan maklumat dalam bidang pengajian dakwah. Harapan Saya juga kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) sendiri juga para pengunjung lainnya ianya memenuhi keperluan masyarakat agar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) dapat dirasai kewujudannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam satu-satunya di Sabah. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.
Akhir kata, selamat melayari laman web rasmi IPDAS ini, semoga saluran ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan memberi penerangan yang berkesan kepada para pengunjung sekalian. Insya Allah.
Sekian, Terima Kasih.
Visi
Peneraju pendidikan tinggi Islam yang bersepadu di Sabah bagi menjana kecemerlangan generasi rabbani untuk kesejahteraan ummah sejagat.
Misi
Menyediakan program pendidikan tinggi Islam yang bersepadu merangkumi ilmu naqli dan aqli serta kemahiran dan keusahawanan untuk melahirkan graduan berimpak tinggi.
Objektif Operasi
Sebagai sebuah institusi yang berteraskan pengajian islam, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah bertekad untuk menghasilkan :-
- Melahirkan generasi Rabbani yang berpendidikan tinggi dan menguasai ilmu naqli serta aqli.
- Melengkapkan mahasiswa dengan pelbagai dimensi kemahiran insaniah dan keusahawanan bagi menyediakan keperluan guna tenaga ummah.
- Melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk menjadi umara dan pendakwah profesional serta tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman ahli Sunnah wal-jamaah khususnya di Sabah
Piagam Pelanggan
| 1 | Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
|
| 2 | Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum. |
| 3 | Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini. |
| 4 | Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam. |
| 5 | Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan. |
| 6 | Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama. |
| 7 | Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak. |
| 8 | Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan. |
| 9 | Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
|
Lembaga Pengarah IPDAS
YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee
YBrs. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail
YBhg. DR. Mohamad Kori Bin Jusoh
YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad bin Mansor
Ybrs. Puan Salwana Binti Ahmad Dahlan
YBhg. Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz bin Hj Jaafar
YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali
YBrs. Tuan Jumain Abdul Ghani
YBhg. Datuk Norjeli bin Haji Dais
YBrs. Prof. Dr. Rossita binti Shapawi
YBrs. Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed
YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah
YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin
YBrs. Tuan Jamalulail bin Abu Bakar
YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim
YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman
Jawatankuasa Penasihat Akademik IPDAS
YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3
62100 PUTRAJAYA
YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman
YBrs. Puan Salwana binti Ahmad Dahlan
YBrs. Puan Jonisah binti Harimin
YBrs. Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit
43600 Bangi, Selangor
YBrs. Dr. Tenku Putri Norishah binti Tenku Shariman
Multimedia University (MMU)
Persiaran Multimedia
63100 Cyberjaya, Selangor
YBrs. Prof. Madya Dr. Berhanundin bin Abdullah
YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi bin Mohd Amin
YBrs. Prof. Dr. Muhamad Suhaimi Taat
Puan Nadiah Tulakmar binti Kamarudin
YBrs. Dr. Tini Maizura Mokhtar
YBrs. Datuk Haji Raisin bin Saidin
YBrs. Tuan Mohd Tabi’in bin Sahri
YBrs. Encik Mohd. Shahrudin bin Karim
Carta Organisasi IPDAS